Ahad, Februari 01, 2009

Memorandum & Referendum

Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam tempoh yang terdekat ini, Persatuan Hal - Ehwal Pengguna Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan ( CASH ) di bawah pimpinan Presiden Datuk Patrick Sindhu bercadang akan mengemukakan memorandum & referendum kepada Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Presiden Amerika dan Timur Tengah dalam perkara " CASH membantah secara total serangan Zionis Yahudi ( Israel ) dalam serangan GAZA keatas Palastine. "

Kami dengan hormat dan sukacitanya mempelawa anda dan pihak - pihak yang berkenaan untuk memberi komen dalam bentuk seperti berikut :

1. Cadangan membuat format MEMORANDUM yang standard dalam Negara & Luar Negara

2. Cadangan membuat format REFERENDUM yang standard dalam Negara & Luar Negara

3. Cadangan kandungan, article, fakta - fakta, gambar - gambar dan
apa - apa yang relevan yang
nak di bantah dsb..

Semua sumbangan anda diucapkan penghargaan terima kasih dan semoga bermanfaat dan mendapat pahala dunia akhirat AMIN.


Sabtu, Januari 03, 2009

SK. Pekan Semporna Pindah Murid Tanpa Pengetahuan Ibubapa

Semporna, Sabah : Saya telah menerima aduan daripada Ibu bapa bahawa, Pengetua dan Penolong Hal - Ehwal Pelajar Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, Sabah telah memindah beberapa orang murid Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, Sabah ke Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna 2 tanpa pengetahuan atau perundingan dengan pihak ibubapa dan Persatuan Ibubapa ( PIBG ) sekolah tersebut pada 5hb Januari 2009, awal pembukaan sekolah tahun ini ( 2009 ).

Murid - murid tersebut ada yang telah belajar di tahun satu, tahun 2 dan tahun 3 ( 2008 ) di sekolah awal tersebut sebelum dipindah pada 5hb Januari 2009 ini.

Masalah yang dihadapi oleh ibubapa yang terlibat anak - anak mereka yang telah dipindahkan secara mengejut tanpa pengetahuan mereka seperti mengatur kenderaan ke sekolah, mendaftar di sekolah lain bukan lagi sekolah asal seperti tahun lepas dan ada satu atau dua anak - anak mereka masih bersekolah di sekolah awal tersebut sedangkan tahun lepas mereka adik - adik bersekolah dalam satu sekolah yang sama dan bangunan yang sama.

Dalam tahun lepas juga murid - murid tersebut ada diantaranya yang telah membayar yuran, menerima bantuan am dan mendapat kemudahan alat - alat persekolahan di sekolah awal tersebut.

Kemungkinan ada diantara murid - murid tersebut yang tidak membayar yuran dan tidak turun ke sekolah pada 5hb Januari 2009, pembukaan awal persekolah ini sebab ada diantara Ibubapa mereka yang cuba merayu kepada pihak yang berkenaan supaya jangan dipindahkan ke sekolah lain.

Dalam kekeliruan perkara tersebut di atas dan pihak pentadbiran sekolah bertindak dengan sewenang - wenangnya tanpa mesyuarat dengan PIBG dan tanpa pengetahuan ibubapa, diharap pihak yang berkenaan meninjau ke sekolah tersebut dan membetulkan kearah peraturan yang sebenar seterusnya memaklumkan keputusan muktamad kepada Ibubapa / PIBG.

Tindakan segera pihak yang berkenaan diucapkan penghargaan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

daripada,

Abdul Rashid Kabod, Executive MBA( SCU-BWI ),London UK & Fellowship( FPIM )London UK.
Pengerusi Hal - Ehwal Pengguna Negeri Sabah & Labuan
Cawangan Daerah Semporna,Sabah.