Sabtu, Januari 03, 2009

SK. Pekan Semporna Pindah Murid Tanpa Pengetahuan Ibubapa

Semporna, Sabah : Saya telah menerima aduan daripada Ibu bapa bahawa, Pengetua dan Penolong Hal - Ehwal Pelajar Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, Sabah telah memindah beberapa orang murid Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, Sabah ke Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna 2 tanpa pengetahuan atau perundingan dengan pihak ibubapa dan Persatuan Ibubapa ( PIBG ) sekolah tersebut pada 5hb Januari 2009, awal pembukaan sekolah tahun ini ( 2009 ).

Murid - murid tersebut ada yang telah belajar di tahun satu, tahun 2 dan tahun 3 ( 2008 ) di sekolah awal tersebut sebelum dipindah pada 5hb Januari 2009 ini.

Masalah yang dihadapi oleh ibubapa yang terlibat anak - anak mereka yang telah dipindahkan secara mengejut tanpa pengetahuan mereka seperti mengatur kenderaan ke sekolah, mendaftar di sekolah lain bukan lagi sekolah asal seperti tahun lepas dan ada satu atau dua anak - anak mereka masih bersekolah di sekolah awal tersebut sedangkan tahun lepas mereka adik - adik bersekolah dalam satu sekolah yang sama dan bangunan yang sama.

Dalam tahun lepas juga murid - murid tersebut ada diantaranya yang telah membayar yuran, menerima bantuan am dan mendapat kemudahan alat - alat persekolahan di sekolah awal tersebut.

Kemungkinan ada diantara murid - murid tersebut yang tidak membayar yuran dan tidak turun ke sekolah pada 5hb Januari 2009, pembukaan awal persekolah ini sebab ada diantara Ibubapa mereka yang cuba merayu kepada pihak yang berkenaan supaya jangan dipindahkan ke sekolah lain.

Dalam kekeliruan perkara tersebut di atas dan pihak pentadbiran sekolah bertindak dengan sewenang - wenangnya tanpa mesyuarat dengan PIBG dan tanpa pengetahuan ibubapa, diharap pihak yang berkenaan meninjau ke sekolah tersebut dan membetulkan kearah peraturan yang sebenar seterusnya memaklumkan keputusan muktamad kepada Ibubapa / PIBG.

Tindakan segera pihak yang berkenaan diucapkan penghargaan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

daripada,

Abdul Rashid Kabod, Executive MBA( SCU-BWI ),London UK & Fellowship( FPIM )London UK.
Pengerusi Hal - Ehwal Pengguna Negeri Sabah & Labuan
Cawangan Daerah Semporna,Sabah.

1 ulasan:

  1. BLOG http//:www.armendrah.wordpress.com “SEISI KELUARGA: KASIH SAYANG MENGERATKAN SILATURRAHIM” Januari 8, 2009 pada 8:37 am

    Abdul Rashid Kabod
    Komen anda sedang ditapis.

    ALLAHUAKHBAR ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN.

    Ibubapa dan semua keluarga berdoa kehadrat Illahi ” Selamat Rahmat dan Hidayah ALLAH serta Iradat Zat KeAgunganNya sentiasa berterusan bersama kita sekalian kekal abadi selama - lamanya.

    Dan mudah - mudahan dalam hidup dan kehidupan ini, mencapai kecemerlangan dan kegemilangan yang mengakumkan setiap detik dan ketika dan sepanjang masa.

    AMIN YA RABBALALAMIN.

    Syabas dan Tahniah,

    sempena wujudnya blog wordpress. com ini dan semoga sentiasa bermanafaat hendaknya demi hal - ehwal agama islam, pendidikan ( Pelajaran ), ekonomi, politik, perundang, sosial dan evironmental factors.

    salinan kepada,

    http//:www.silamgemilang.wordpress.com
    http//:www.abdulrashidkabod.blogspot.com

    BalasPadam